assalamualaikum dan salam sejahtera.
firstly i nak ucpkan SELAMAT TAHUN BARU 2008 yang baru menjelma. Semoga dengan kedatangan tahun baru nie dapatlah kita manfaatkan dengan sebaik-baiknya agar kita tidak lagi ditampuk yang lama. Untuk diri i sendiri, i ada juga memasang beberapa azam baru utk tahun ini sedangkan ada 2 lagi azam ditahun lepas yg masih belum dicapai. Mungkin i akan bring forward utk azam i yg last year, so tht INsyAllah akan cube mencapainye. Bagaimana dengan you all sume? Masih adakah lagi impian yang tidak tercapai ? Sebenarnya apa yang perlu kita buat ialah memerdekakan diri kita sendiri. Maksud i, kita keluar dari kepompong yang selama ini membelenggu kita. Mungkin kita boleh berubah dari seorang yang kurang baik menjadi seorang yang baik. Tidak lah dikatakan untuk menjadi seorang manusia yang sempurna, sedangkan kita tahu tiada siapa yang sempurna didunia ini. Cukuplah sekadar kita tahu dimana kita berpijak dan mungkin kita boleh pergi ke satu tahap yang lebih baik dari tahun lepas. Tahun 2007 juga byk meninggalkan suka duka dan terlalu byk kenangan utk dikongsi bersama. Contohnya bagi i sendiri,thn 2007 amat manis utk dikenang kerana i sempat mengabdikan diri beberapa bulan menjadi salah seorang dari guru sandaran. Walaupun gelarannya setakat guru sandaran, kenangan menjadi seorang guru amat bermakna. Mendidik dan mengajar itu bukanlah satu tugas yang mudah. Mungkin kita boleh mengajar , tetapi tidak mendidik. Mengajar dan mendidik itu membawa 2 maksud yg berlainan. Mengajar contohnya org boleh mengajar,mungkin bahasa melayu,matematik. Tetapi apabila kita menyebut perkataan mendidik, ini sekaligus merangkumi mengajar. Kita mendidik seseorang anak murid itu menjadi seorang insan yang berguna didalam dunia mahupun diakhirat. Pada pendapat i , tidak ramai guru-guru sekarang yang mendidik ank2 murid mereka. Pada mereka, cukuplah sekadar mengajar sahaja subjek yang diberikan, tetapi pada hakikatnya guru juga haruslah mendidik anak-anak murid mereka menjadi insan yang berguna dimasa hadapan. Kenangan manis menjadi seorang guru mungkin akan i bawa hingga ke akhir hayat. InsyaAllah jika ada rezeki dan diberi peluang, i mahu menjadi seorang guru yang tetap agar i dpt mencurahkn ilmu yang ada pada i utk semua. Tidak kira murid i itu berbangsa atau beragama apa. Yang penting i menolong ank -ank Malaysia untuk maju ke hadapan. I akan masukkan gambar kenangan i dengan ank2 murid i di sekolah kebangsaan pasir gudang (3). Banyak lagi kenangan manis dan pahit ketika di tahun 2007. Namun kenangan itu akan terus tersemat didalam ingatan selagi hayat dikandung badan. Apa yang i mahu, thn ini i akan lebih berjaya,menjadi seorang yang lebih penyabar ( mungkin, hehehehe ) menjadi anak yg solehah, juga menjadi seorang kekasih yang lebih memahami karenah sang kekasih. =) Semoga i mencapai segala impian itu. Mungkin you all juga boleh mencapainya dengan usaha yang mungkin boleh dilipat kali gandakan. Tanpa keberanian, mimpi tidak menjadi nyata.
* The year 2007 is gone but it also made us strong. The path was long but we walked it with a song. There were fears and tears, but we also had a reasons for cheers. Wishing you all Happy memories of 2007 and have a Great 2008 ahead.
Wednesday, January 2, 2008
HaPpy nEW YeaR 2008
Posted by nanaku at 10:29 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
happy new year......:)
Post a Comment