Sunday, September 7, 2008

Spaghetti Bolognese

Alhamdullilah puasa masuk hari ke-7, diam x diam da seminggu juga kite menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan nie, mesti korg sume makin excited kan ? hehehhe yela raya bakal menjelang tiba...Hmmm ari nie aku import lak resipe spaghetti bolognese nie...sedap tu...hingga menjilat jari...boleh la dibuat untuk juadah berbuka..lebih jimat kn dr g mkn kt luar? hehhehe buknkah air tgn sendiri itu lebih sedap ? Yummmmm Yummmmm hehehe
Spaghetti Bolognese









Bahan-bahan ( 6 orang )
500 gram spaghetti (sepeket)
500 gram daging lembu cincang
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum - didadu
1 batang carrot – didadu kecil
2 batang celery – didadu kecil
1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
1 kiub stok daging lembu (optional)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan – untuk menghidang
NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara
(1)Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
(2)Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
(3)Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
(4)Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
(5)Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
(6)Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!
p/s : selamat mencuba... :)

6 comments:

Monkey D Luffy said...

nyam... nyam...

boleh ler aku masak untuk anak2 buah lanun aku.

Kapten Monkey D Luffy

p/s: Panggil Luffy. Monkey tu nama family. Ingat tu

nanaku said...

hehehehehhe
ok aja bah.....
masak jgn x masak taw... :)

zaidievo said...

Sedapnya...aku suka spaghetti.
http://zaidievo.echepor.com/2008/08/13/happy-belated-birthday-zaidievo/kasih-sayang/happy-belated-birthday-zaidievo.html

nanaku said...

hehehe nana pun fav spaghetti gak... ;) a few mths ago na siap tlg my mum lagik masak spaghetti..jual kt bistro ;)

Rosli said...

Wow...ermm....boleh buat berbuka puasa. Petang ni nak buat ler recipe ini.... :)

Will tell u later, menjadi ke tak. Of course have to do it with my wife.

nanaku said...

salam rosli...
yup...jgn x buat yek..
actually resipi cm2 versi..
tp ikut selera tekak masing2 la..;)
slmt mencuba ... ;)

 
Template by suckmylolly.com - header candies by Tayoindesign